Picture
Caption: Kerabu Sare menggamit balik kampung
Caption: Sejenis makanan yang unik dalam kategori 'sangat selera kampung' ialah 'kerabu sare'. Sare adalah rumpai laut atau 'seaweed' yang menjadi antara sumber protein wajib bagi banyak jenis masakan Jepun.
Di kampung saya, sare yang dijadikan kerabu masih sangat kasar, mengurai dan tidak diproses seperti di Jepun menjadi kepingan nipis lagi rapuh.
Ia menjadi kerabu setelah dicampur dan diadun dengan kelapa parut yang digoreng, ikan yang direbus tawar dan diperisi, sedikit garam dan gula dan disirami 'budu' atau sos ikan.
Video
Caption: Ada yang suka kerabu sare yang digaul dengan sambal tumis. Ada yang suka makan bagitu sahaja tanpa tumis. Tergantung selera masing-masing.
Di bandar dan kota besar, kerabu sare hanya dapat ditemui di bebrapa bazaar Ramadan tertentu. Di luar bulan puasa ia jarang sekali dijual.
Sare yang dibersihkan dan direbus, secara tersendiri mempunyai aroma yang khas.
Makanan khas sebegini sering menggamit anak rantau pulang ke kampung.
Video
Caption: Kerabu sare cukup enak sehingga boleh dimakan tersendiri. Namun lazimnya ia dimakan bersama nasi putih atau sebagai pelengkap 'nasi kerabu'.
'Nasi kerabu' sendiri adalah makanan kampung atau tradisional. Ciri khasnya mesti lengkap dengan 'ulam 5 beradik'-- daun serai wangi, hirisan serai, hirisan bunga kantan, daun kesum dan kacang cambah atau tauge.
Nasinya juga dalam warna khas kuning kehijauan atau kebiru-biruan. Lauk pengiringnya pula kembar bertiga -- ikan celup tepung, telur asin dan bawang jeruk.
Picture
Picture
Picture
Caption: Sejenis lagi makanan tradisional yang sangat kampung (kampungan) ialah 'Solok lada'. Ia merupakan pelengkap yang membahagiakan kepada hidangan 'Nasi kerabu'.
Solok lada memerlukan agak banyak kerja untuk membuatnya. Namun ringkasnya ia berupa cili dengan warna hijau khas iaitu hijau muda. Dibelah dua dan dibuang bijinya, ia disumbat dengan adunan istimewa yang digelar 'solok'.
Picture
Caption: Solok lada pelengkap nasi kerabu yang sangat membahagiakan
Caption: Bahan adunan solok ialah;
1. Ikan segar direbus dan diperisi. Isinya dilenyek hancur.
2. Kelapa parut yang digoreng ringan hingga agak kuning. Ditumbuk halus.
3. Bawang besar merah dan bawang merah kecil ditumbuk hancur.
4. Lada sulah atau lada hitam yang ditumbuk kasar.
5. Sedikit garam, gula dan perasa (jika perlu)
6. Santan yang sudah direbus.
Gaul hingga sebati semuanya dan disumbat ke dalam lada hijau muda.
Lada yang siap disumbat dikukus sebentar dalam periuk yang berisi santan cair.
Picture
Caption: 'Lawa' yang dipanggil 'Umai' sinonim dengan kehidupan anak nelayan
Caption: Bagi anak nelayan yang memang berumah di pinggir pantai, makanan daripada ikan adalah suatu kelaziman. Yang membezakan satu dengan yang lain adalah cara penyediaan dan memasaknya.
Satu daripadanya ialah 'lawa' yang dikenali di pantai timur Semenanjung. Isi sejenis ikan yang diperisi, tidak dimasak tetapi cukup dengan hanya disirami perahan air asam limau nipis dan digaul hirisan cili padi dan sedikit garam. Di Sarawak dan Sabah ia dikenali sebagai 'umai'.
Picture
Caption: Selera kampung sering dikaitkan dengan makanan tradisional, ulam-ulaman segar dan rangup, ikan sungai dan sawah dan sambal yang pedas menyengat namun penuh nikmat.
Cara memasak yang mudah dan ringkas adalah satu ciri makanan selera kampung. Tidak banyak bahan digunakan dan 'rasa' timbul bukan dari serbuk perisa tetapi dari adunan bahan semulajadi. Antaranya kunyit, lengkuas, serai, rempah ratus, cili, daun kesum,dan bunga kantan.
Picture
Caption: Kerabu mangga muda harus pedas
Picture
Caption: Ikan bakar dengan sambal petai
Picture
Picture
Caption: Pencicah ulam-ulaman yang membuka selera -- budu dengan asam limau nipis, bawang merah, tomato dan sedikit ikan rebus tawar
Video
Caption: Aahh... kampung halaman yang jauh di mata pasti menjadi pelabuhan rindu anak-anak di rantauan. Apatah lagi menjelang lebaran Aidilfitri.
Picture
Caption: pix & text by
@bernamamny
mybernama@gmail.com
#stellerfood #kerabusare
#stellerkampung